Saturday, October 14, 2023

Cacing reben atau umpun umpun

 

Nemertea ialah filum haiwan invertebrat, juga dikenali sebagai cacing reben atau cacing probosis. Nama lain untuk filum termasuklah Nemertini, Nemertinea dan Rhynchocoela atau di tempat kita biasa dipanggil ruat bakau atau umpun-umpun. Walaupun kebanyakannya kurang daripada 20 sentimeter (7.9 in) panjang, satu spesimen telah dianggarkan 54 meter (177 ka), yang menjadikannya haiwan terpanjang pernah dijumpai, Kebanyakannya umpun-umpun atau ruat bakau sangat langsing, biasanya hanya beberapa milimeter lebar, walaupun terdapat yang pendek, tapi berbadan lebar. Kebanyakannya terdapat corak berwarna kuning, jingga, merah dan hijau.

Terdapat 1,149 spesies Cacing reben atau ruat bakau  wujud di seluruh dunia. Walaupun Cacing reben mempunyai tubuh yang kelihatan dari luarannya seperti bergelang, sebenarnya tubuh Cacing reben umpun-umpun ini tidak mempunyai segmen.

Cacing reben merupakan haiwan pemangsa. Cacing reben biasanya terdapat di kawasan karang dan serpihan berbatu. Ketika memburu, Cacing reben akan mengeluarkan satu tiub panjang dari mulutnya dan menyuntikkan racun kepada tubuh mangsanya.

Umpun-umpun atau cacing riben ini bentuknya yang lembut dan panjang sehingga mencapai 30 sentimeter serta mempunyai kaki seperti lipan, membuatkan spesies ini berbeza banyak dengan cacing tanah yang sedia ada.

Habitat spesies ini boleh didapati di kawasan berlumpur yang diliputi pokok bakau atau nipah di persisiran pantai dan ianya bersarang di dalam lumpur itu sendiri.Haiwan ini digelar ruat bakau kerana habitat utamanya adalah di kawasan paya bakau.Kebiasaannya, ruat bakau mediami kawasan tanah lumpur berhampiran muara sungai yang mempunyai tahap kemasinan yang agak tinggi sewaktu air surut.

Di negara beriklim khatulistiwa ini, terdapat beberapa spesies perumpun yang dijadikan umpan untuk ikan tertentu atau mengikut padang pancingan masing-masing. Perumpun ini antaranya perumpun pasir, merah dan jangkau.

Umpan ini masing-masing dikhaskan, perumpun pasir – ikan bolos, gelama dan sembilan. Jangkau – ikan duri, jenahak, jengah dan gubal dan perumpun merah – udang galah serta ikan baung.

Maka, cara untuk mencarinya perlu diserahkan kepada mereka yang pakar mengesannya iaitu ketika air surut di kawasan paya bakau di mana sarangnya boleh dikenal pasti melihat timbunan najis tanah atas kawasan yang berlumpur.

Sarangnya itu akan dikorek menggunakan cangkul atau penyedok khas sedalam kira-kira satu meter dan kemudian ditarik secara perlahan-lahan bagi mengelakkan badannya terputus.

Untuk menggunakan umpan ini, mata kail bersesuaian dengan saiznya diperlukan dengan mencangkuk perumpun terbabit yang dipotong kira-kira satu hingga dua sentimeter.

Petua untuk umpan ini tahan lama janganlah anda memotong di bahagian kepala dulu dan mulakan dari ekornya sedikit demi sedikit dan sekiranya tidak habis digunakan simpanlah dalam bekas asalnya dan letak di tempat yang teduh.

Di Malaysia, ruat bakau ini boleh didapati terutamanya di bahagian pantai barat di mana aktiviti mengorek tanah paya bakau bagi mencari cacing laut ini giat dijalankan oleh penduduk tempatan. Pemancing boleh membeli umpun bakau ini di kebanyakan kedai yang menjual umpan pancing dan kebiasaannya, ianya dijual dengan harga RM10 untuk 3 atau 4 individu cacing yang bersaiz sederhana besar. 

Bagi penternak udang pula, ada antara mereka lebih cenderung untuk mengimport umpun-umpun cacing ini secara sejuk beku daripada negara luar seperti China dan Netherland kerana mereka memerlukan kuantiti cacing yang lebih banyak sebagai makanan harian untuk udang ternakan. Harga import bagi cacing laut ini boleh mencecah sehingga RM244 per kg (bergantung kepada jenis, saiz cacing dan negara pengeksport).

Umpan perumpun atau cacing riben mudah didapati di kedai pancing atau di tepi jalan di lokasi memancing dengan harga antara RM5 sehingga RM10 mengikut isi kandungannya.

No comments:

Post a Comment

Cacing reben atau umpun umpun

  Nemertea ialah filum haiwan invertebrat, juga dikenali sebagai cacing reben atau cacing probosis. Nama lain untuk filum termasuklah Nemert...